Tuesday, 26 July 2016
Tempat Menarik
New
Khazanah Tersembunyi Di Sarawak
Unknown
06:53:00
Taman Negara Usun Apau yang terletak di Ulu Baram merupakan satu destinasi yang menakjubkan di Sarawak kerana di sini tersembunyi banyak khazanah yang amat berharga terutama sekali air terjun terbesar di Sarawak iaitu Air Terjun Julan.
![]() |
Sumber gambar : SINI |
Apa yang menariknya di Taman Negara ini terdapat banyak air terjun yang berbeza dan ia dikatakan membekalkan air yang segar dan bersih ke sungai Selio seperti Abung, Tabui, Seran, Koya, Be’tajem, Talun, Putak dan Selio.
Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda sertai di Taman Negara ini, anda boleh menyemaknya di SINI.
Tempat Menarik
New
Pantai Biru?
Unknown
06:50:00
![]() |
Sumber gambar : SINI |
![]() |
Sumber gambar : SINI |
Pantai Tusan mula menjadi popular apabila seorang jurugambar tempatan bernama Albert Song memuat naik gambar pantai tersebut di sebuah laman sosial.
Sesetengah sumber mengatakan pantai itu memang kelihatan biru pada waktu malam tetapi tidak begitu ketara seperti yang kelihatan pada gambar jurugambar tersebut. Sejak perkara itu berlaku, pantai ini mula viral dan menjadi kunjungan orang ramai!
Fenomena air mata biru adalah cahaya biru terang terhasil daripada ‘plankton’ yang bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada Galaksi Bima Sakti.
Pantai yang dahulunya sunyi, kini menjadi tarikan orang ramai.
Makanan
New
5 Makanan Yang Anda Perlu Cuba Apabila Berkunjung Ke Sarawak
Unknown
06:49:00
Percutian anda tidak akan lengkap dan rugi seandainya anda tidak mencuba makanan-makanan di bawah ini semasa anda bercuti di Sarawak.
1. Mi Kolok
Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee / yee mee serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini.
2. Oyster pancake
Oyster pancake merupakan salah satu hidangan makanan laut yang popular di Sarawak dan tidak boleh dilepaskan Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan kicap cair bersama-sama seasoningnya.
3. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak sangat berbeza dengan laksa utara atau laksa-laksa di negeri lain kerana laksa Sarawak terkenal dengan keistimewaan rempah yang digunakan untuk membuat kuahnya. Dimakan bersama-sama Bihun,udang, hirisan ayam dan hirisan telur dadar, laksa Sarawak enak dimakan ketika masih panas.
4. Umai
Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Sarawak yang berasal daripada kaum Melanau. Umai dianggap salah satu makanan yang popular dan penting dalam masyarakat dan juga dikenali sebagai ‘sushi sarawak’ kerana penyediaannya berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan bawal hitam,ikan terubuk dan ikan pirang.
5. Manok Pansoh/Ayam Pansoh
![]() |
Sumber gambar dan info dari : SINI |
Ayam pansoh merupakan hidangan daging ayam masak yang di masak di dalam buluh. Biasanya ayam pansoh ini dimakan semasa hari perayaan terutamanya pada Hari Gawai. Orang Iban memanggil ayam pansoh sebagai Manok Pansoh. Manakala orang Bidayuh memanggilnya ‘Siyok Buruu’.
Jika anda berhasrat untuk mencuba antara salah satu makanan di atas, anda boleh mengunjungi blog ini SINI untuk mengetahui beberapa tempat makan yang menarik di sekitar Kuching, Sarawak.
Jika anda ingin mengetahui makanan-makanan lain yang terdapat di Sarawak, anda boleh mencarinya di SINI
Tempat Menarik
New
Cameron Highlands Borneo
Unknown
06:36:00
Haa…jangan tak tahu, di Sarawak juga ada tempat seakan-akan Cameron Highlands yang dipanggil Borneo Highlands. Terletak kira-kira 60 km dari bandar Kuching, Borneo Highlands berada di sempadan Kalimantan, kira-kira 1000 meter di atas paras laut.
Borneo Highlands merupakan tempat yang mesra alam dan tempat yang terbaik untuk mereka yang ingin lari dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar.
Salah satu daya tarikan yang menakjubkan Borneo Highland adalah tempat yang dipanggil Kalimantan Lookout Point. Selain daripada itu, terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi di sana antaranya Taman Bunga, Taman Arnab, Hortikultur Nursery, Organic Farm, Simangas Waterfalls dan lain-lain lagi.
Jika anda ingin merasakan pengalaman berada di Borneo Highlands, anda boleh melihat pakej-pakej yang menarik yang ditawarkan oleh Borneo Highlands Resort di laman webnya, SINI.
Makanan
New
Kek Lapis Sarawak
Unknown
06:27:00
Jika anda berkunjung ke Sarawak, percutian anda tidak akan lengkap sekiranya anda tidak mencuba keenakkan Kek Lapis Sarawak yang mempunyai pelbagai perasa bersesuaian dengan cita rasa anda.
Untuk pengetahuan anda, kek lapis Sarawak terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Kek lapis biasa
- Kek lapis dengan corak, motif, atau bentuk.
Setiap kek lapis Sarawak mempunyai beberapa warna sekurang-kurangnya dua warna. Sekiranya anda bercuti ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk merasa keenakkan kek lapis Sarawak. Anda boleh membeli kek lapis Sarawak di beberapa kedai yang popular dan menjadi pilihan pengunjung antaranya :-
Untuk mengetahui bagaimana anda boleh ke Q Kek Lapis Sarawak, anda boleh melihatnya di SINI.
Tempat Menarik
New
Kampung Panchor Dayak Hot Spring
Unknown
06:19:00
Sudahkah anda pergi ke Kampung Panchor Dayak Hot Spring?
Tahukah anda Kampung Panchor Hot Spring terletak di Kampung Panchor, Serian, Samarahan, Sarawak, hanya 40 km sahaja dari Bandar Kuching. Kampung ini dikelilingi dengan hutan dan alam semula jadi yang menawarkan suasana tenang dan damai kepada pengunjungnya.
Kampung Panchor Dayak Hot Spring boleh diakses melalui Jalan Kuching- Serian. Simpang untuk ke kampung ini adalah di sebelah kanan selepas Bandar Tapah.
Tempat ini diuruskan oleh masyarakat setempat dan dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Bayaran masuk hanyalah RM 4.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak. Murah bukan? Apa tunggu lagi, kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Sarawak, jangan lupa untuk masukkan tempat ini di dalam senarai anda.
Untuk info lanjut anda boleh ke SINI.
Untuk baca pengalaman pengunjung yang pernah ke tempat ini, anda boleh baca di SINI.