Percutian anda tidak akan lengkap dan rugi seandainya anda tidak mencuba makanan-makanan di bawah ini semasa anda bercuti di Sarawak.
1. Mi Kolok
Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee / yee mee serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini.
2. Oyster pancake
Oyster pancake merupakan salah satu hidangan makanan laut yang popular di Sarawak dan tidak boleh dilepaskan Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan kicap cair bersama-sama seasoningnya.
3. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak sangat berbeza dengan laksa utara atau laksa-laksa di negeri lain kerana laksa Sarawak terkenal dengan keistimewaan rempah yang digunakan untuk membuat kuahnya. Dimakan bersama-sama Bihun,udang, hirisan ayam dan hirisan telur dadar, laksa Sarawak enak dimakan ketika masih panas.
4. Umai
Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Sarawak yang berasal daripada kaum Melanau. Umai dianggap salah satu makanan yang popular dan penting dalam masyarakat dan juga dikenali sebagai ‘sushi sarawak’ kerana penyediaannya berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan bawal hitam,ikan terubuk dan ikan pirang.
5. Manok Pansoh/Ayam Pansoh
![]() |
Sumber gambar dan info dari : SINI |
Ayam pansoh merupakan hidangan daging ayam masak yang di masak di dalam buluh. Biasanya ayam pansoh ini dimakan semasa hari perayaan terutamanya pada Hari Gawai. Orang Iban memanggil ayam pansoh sebagai Manok Pansoh. Manakala orang Bidayuh memanggilnya ‘Siyok Buruu’.
Jika anda berhasrat untuk mencuba antara salah satu makanan di atas, anda boleh mengunjungi blog ini SINI untuk mengetahui beberapa tempat makan yang menarik di sekitar Kuching, Sarawak.
Jika anda ingin mengetahui makanan-makanan lain yang terdapat di Sarawak, anda boleh mencarinya di SINI